Tuesday, 19 April 2016

3 Hantaran Yang Wajib dalam Perkahwinan Melayu



“Apa barang hantaran yang sesuai dan menarik untuk si dia?” Pastinya sebagai bakal pengantin, anda terfikir akan soalan ini bukan? Sebelum melangsungkan perkahwinan, banyak yang perlu disediakan supaya hari besar anda berjalan lancar. Barang hantaran terutamanya, perlu dirancang teliti supaya tidak tertinggal apa-apa. Maklumlah hantaran yang lengkap adalah permulaan untuk majlis dan seterusnya perkahwinan yang sempurna. Tahukah anda, dalam adat Melayu, terdapat 3 hantaran wajib yang seeloknya diberikan semasa pertunangan atau perkahwinan?

Jom baca bersama untuk ketahui lebih lanjut 3 hantaran tersebut dan makna di sebaliknya.

Sirih junjung

Sebagai “pembuka” hantaran, sirih junjung bukan sekadar penyeri dan pelengkap majlis perkahwinan malah turut membawa maksud tersirat, iaitu menggambarkan kehidupan harmoni dan bersatu hati. Daun sirih digubah bersama bahan-bahan lain seperti gambir, pinang dan cengkih sebagai melambangkan pahit manis serta asam garam dalam rumahtangga. Sirih junjung diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan semasa upacara pertunangan.

Sirih junjung juga boleh digantikan dengan tepak sirih

Mas kahwin

Juga dikenali sebagai mahar, mas kahwin adalah pemberian wajib oleh bakal suami kepada pengantinnya untuk menandakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. Pemberian ini adalah lambang kasih sayang dan kesediaan suami untuk membina keluarga bahagia bersama isterinya. Kebanyakan pengantin akan menggunakannya untuk membeli barang kemas seperti rantai, gelang atau subang.

Mas kahwin boleh digubah secara kreatif
dan diberikan kepada pengantin perempuan
Source: aimisyahirah, mforum.cari, pinterest, soloraya, 
kahwin-khronicles.blogspot, bulanmadu


Cincin

Disarungkan oleh pihak lelaki semasa acara kemuncak majlis pertunangan, cincin memainkan peranan penting dalam adat perkahwinan Melayu sebagai menandakan gadis itu bakal menjadi isteri orang. Cincin yang tersarung pada jari manis pengantin menambahkan serinya, pada masa yang sama menunjukkan keikhlasan pengantin lelaki untuk menjaga isteri dan keluarga selepas berkahwin.

Prosedur perkahwinan masyarakat Melayu amat teliti dan berpegang teguh kepada adat. Biarpun ada adat yang dipermudahkan seiring dengan peredaran zaman, namun 3 jenis barang hantaran ini masih relevan kerana setiap satunya mencerminkan berkat untuk perkahwinan yang berkekalan dan bahagia.

Di Wah Chan, kami sentiasa berkongsi kegembiraan hari penting perkahwinan bersama anda. Kami menawarkan pelbagai cincin untuk dipilih seperti cincin-cincin pertunangan ini. Yang mana agaknya akan mengambil hati anda?

Cincin Berlian Emas Kuning 18k

Cincin Berlian Emas Kuning 18k
Cincin Berlian Emas Kuning 18k

Cincin Berlian Emas Kuning 18k
Cincin Berlian Emas Kuning 18k

Cincin Berlian Emas Kuning 18k




No comments:

Post a Comment