Tuesday 7 June 2016

Inspirasi Gaya Semasa Ramadan

Bulan ramadan telah tiba, dan bagi mereka yang jarang dapat berjumpa dalam kehidupan seharian, inilah masanya untuk berkumpul dan bersilaturahim bersama melalui aktiviti berbuka puasa. Tak berlebihan jika setahun sekali anda berpenampilan menarik seiring dengan trend semasa. Namun, memasuki bulan suci juga adalah saat yang tepat untuk mengubah busana agar tampil sopan santun. 

Ingin kecapi penampilan bersopan-santun tapi masih bergaya? Apa kata padankan dengan loket emas daripada koleksi baru Gemilang Raya Wah Chan yang sesuai dikenakan untuk apa saja majlis berbuka puasa yang bakal anda hadiri?


Motif bunga adalah kegemaran setiap wanita kerana tampil lembut dan anggun. Untuk memukau perhatian semasa hadiri majlis formal, padankan dengan satu loket bunga emas kuning 916 yang klasik. Cantik dengan kepelbagaian, pilih design bunga yang besar untuk menonjolkan aura personaliti anda yang tersendiri.

Loket Bunga Emas 916

Loket Bunga Emas 916

Jika baju kurung adalah kegemaran anda semasa bulan Ramadan, berikan sentuhan moden ke atas penampilan dengan loket emas rekaan hati yang berlainan. Design ini sederhana dan dapat digayakan secara kasual atau formal tanpa terlalu menonjol. Pilihan ini juga dapat memberikan imej aktif mahupun profesional sambil mengekalkan kesantunan seorang wanita. 

Loket Kelopak Hati Emas 916

Loket Hati Emas 916

Untuk stail minimalis dan sesuai dengan aktiviti harian, padankan dengan satu loket emas kuning 916 dengan design ringkas dan simetri. Praktikal dan sentiasa digemari penggemar fesyen, rekaan jenis ini mencerminkan keinginan seorang wanita untuk tampil trendy di sebalik stail minimalis. 

Loket Bulan Emas Kuning 916

Loket Kerawang Emas 916

Ikuti kami di laman sosial (Facebook dan Instagram) untuk lebih banyak koleksi Gemilang Raya!

No comments:

Post a Comment